Bagaimana otot rangka berfungsi Otot rangka

Kekuatan otot rangka selari dengan kawasan keratan lintangnya. Kekuatan badan pula bergantung kepada prinsip biomekanik (jarak di antara selitan otot dan sendi, saiz otot, dan sebagainya). Otot biasanya diatur berlawanan agar apabila satu kumpulan otot mengucup, satu kumpulan otot lagi mengendur.

Sel otot rangka dirangsangkan oleh asetilkolina yang di bebaskan di persimpangan neuromaskular oleh neuron motor. Apabila sel dirangsangkan, retikulum sarkoplasmanya akan membebaskan ion kalsium (Ca2+). Ini akan saling bertindak dengan miofibril dan, dengan itu, mendorong pengucupan otot (melalui mekanisma gelongsoran filamen. Selain kalsium, proses ini memerlukan adenosina trifosfat (ATP). ATP dihasilkan melalui proses yang memetabolismekan kreatina fosfat dan glikogen yang disimpan dalam sel otot serta glukosa dan asid lemak yang diperolehi daripada darah.

Setiap neuron motor mengawal sekumpulan sel otot yang dikenali sebagai "unit motor". Apabila lebih tenaga diperlukan, dari apa yang dihasilkan oleh satu unit motor, lebih banyak unit dirangsangkan; ini dikenali sebagai "penglibatan unit motor". Jika lebih tenaga diperlukan dari apa yang boleh di dapati dari pengucupan unit semasa, neuron motor akan menghantar rangsangan tambahan; ini menyebabkan proses "penjumlahan pengecutan" yang meningkatkan tahap pengucupan. Jika otot mengucup secara maksima, ia dikatakan telah mencapai tahap "pengucupan tetanik".